Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Enjoying the Thaipussam's Holiday

Imej
Hari ini hari cuti. Hari cuti Thaipussam. Tapi, aku tak jugak bercuti. Banyak mender nak buat. Memacam bender yang masih tertunggak. Sekarang ni bukan cam dulu lagi. Kalau dulu, asai cuti jer memang pukoi cuti bebetul. Cuti adalah absolute cuti. Tapi zaman la ni bukan zaman macam tu lagi. Kerja, kerja, kerja. Apa yang penting, kerja. Sampaikan nak amik cuti pun pikir dua tiga kali. Sibuk nak bekerja sahaja. Tak tau apa nak jadi. Sampai nak pi spital pun bila dah kronik. Preventive dah tak heran lagi. Selagi sampai dah tak leh bergerak langsung, selagi tu la tak reti nak bazir masa nak gi spital. Pagi ni lepas jer bangunkan Iqa, terus bersiap dan bergerak ke sekolah. Pagi ni aku wat training takraw. Minggu lepas dah memang tak leh buat. Minggu depan pun tak leh buat lagi. Nak tak nak. Masa-masa camni ler yang aku leh jalankan training kebudak ni. Cam biasa start kul 8 pagi. Kalau dah lam kul 10 ke 11 tu matahari pun dah tak naik. Sakit mata main, kalau dah dok melangut ke ataih jer nak

Rutin harian

Imej
Nampaknya apa yang aku nak try buat tak berjaya jugak aku buat. Ala, yang kengkonon nak hapdet setiap hari tu. Sebab apa yerk. Tak tau la nak cakap camna. Maybe sebab rutin harian yang menyebabkan aku hilang masa macam tu saja. Atau sebab minggu ni aku agak moody sikit. Tu cerita lain la, berkenaan moody aku tu. So, hari Selasa mecam biasa jugak. Sama macam hari-hari lain. Bukak pusat akses, lepak pusat akses, masuk kelas, bla bla bla. Sama jer cam hari-hari lain. Cuma yang best untuk hari ni adalah, teng-teng-teng.. van nestle datang.. Makan Choco-crunch free la bebudak hari ni. Yang tak best.. Iqa masih MC. Sedih Iqa masa tengok gambo kengkawan dia makan ni. Pastu aku naik ke Pusat Akses dan try buat Roadtax dan insuran pakai MyEG.com.my. Boleh tahan gak bantuan yang dia bagi. Two thumbs up la aku kasi. Cepat tul. Hari Rabu pulak menjelma. Hari ni Iqa dah naik sekolah balik. Demam pun dah kebah dah. Hari ni jugak geng CNN datang ke sekolah. Untuk kemaskan balik Fiber Optik dan memper

Kaki oh kaki, kenapa engkau sakit...

Imej
Bila keluar jer posting Perlantikan Pengawas tu, maknanya aku selamat la bawak keter sampai ke sekolah. Tapi memang azab la rasanya. Azab.. bila nak menukar dari menekan minyak ke menekan brek. Perghhh.. memang sedap sungguh rasa kaki tu. Tuhan jer yang tau. Sampai jer sekolah, kononnya nak try jalan dengan elok la. Nak cover la konon kan. Tapi tak boleh. Rasa sangat sakit. Apalagi masa nak panjat tangga tu. Tapi apapun, semua dapat disettlekan, walaupun agak slow. Pas dah settle semua aku dok kat Pusat Akses jer. Malas nak bergerak banyak. Sekali si Dila cakap dia ada minyak panas kalau nak try pakai. Amik jer la. Banyak gak aku sapu, picit-picit sikit kaki tu. Lama-lama hilang jugak rasa sakit tu. Ingatkan dah bebetul hilang. Masa try turun tangga tu terasa jugak la. Tapi dah kurang sikit. Jalan pun tak dengkot-dengkot sangat dah. Kurang sikit la kan. Pastu aku try la pi kelas. Kuar awai sikit. Pasai kaki ada sikit-sikit rasa sakit. Terutama bila turun naik tangga la. Aku rasa dah ma

Majlis Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah SKTTA

Imej
Majlis Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah SKTTA Tarikh : 25 Januari 2010 Masa : 7.20 pagi Tempat : Dewan Bestari

Demam melanda

Imej
Lam kul 4 pagi Iqa kejutkan aku. Pasai pa la pulak Iqa ni kejut pepagi ni. Ni mesti ada apa-apa hal ni. Abah... Iqa nak muntah ni. Jom. Terus aku bangun dari katil. Sekali masa tapak kaki aku cecah jer nak pijak lantai.. Ya.. Allah.. Azabnya aku rasa. Pasai pa pulak ni. Sakit jangan dok kira la. Aku tadak pulak terkehel ka apa semalam. Nak kata salah urat tak tau la pulak. Terdencot-dencot aku bawak Iqa gi tandas. Memang muntah banyak betul. Rasa dahi dia. Terbakar tu. Alamak.. Siannya. Ambik tuala sehelai wat lapik bawah. Sapu tangan aku basahkan, tuam kat kepala dia. Iqa kalau demam memang teruk. Mesti tahap muntah sampai lembik. Pastu sambung tido balik. Tapi apa-apa pun kaki aku memang sakit sangat ni. Apa citer ni. Bangun jer masa subuh tu, terus mandi. Sakit kat kaki memang tak kebah-kebah lagi ni. Camner la aku nak wat kije hari ni. Nak drive lagi. Tawakkal jer la.

Ahad yang sempoi

Imej
Hari ni sempoi sungguh rasanya. Lepas subuh jer terus taktau nak wat pa per. Mungkin sebab semalam kot. So, mood masih tak menentu lagi. Semacam blank sesikit pun ada. Tak tau nak wat apa. Nak seterika baju? Dah seterika hari jemaat dah, Sabtu tak jadi pakai so carry forward to senayan la kan. Kebetulan ada kenduri kahwin hari ni. Iqa ngan adik pun dah siap. Sementara tunggu atuk ngan nenek siap. Suruh diaorang posing lebih kurang. Pi kenduri pun memang semua orang ikut aturan berkabung. Semua pakat pakai kepiah lilit reben putih ngan tudung putih. Baguih-baguih rakyat Johor ni. Salute. Lepas tu mula la rasa bosan balik. Pi layan PC kat luar. Check emel lebih kurang. Semua macam tak kena jer. Tengok berita pagi. Bosan tul hari ni rasanya. Pasal semua kerja dah settle dan tadak benda baru nak buat. Tu yang jadi lagu tu kot. Lagi satu maybe pasal aku dah set nak dapat kerja baru semalam, tapi habis terkensel. Sekali bukak facebook, ada game baru. Ka, dah lama. Aku pun tak tau. Tapi aku b

Peraturan berkabung negeri Johor

Imej
Pix credited to hmetro.com.my Peraturan berkabung telah digariskan kerajaan negeri. Tempoh berkabung pula telah ditetapkan selama 7 hari bagi rakyat Johor dan 40 hari bagi kerabat Diraja. Bendera negeri akan diturunkan setengah tiang dari jam 6 pagi hingga 6 petang bermula dari tarikh pemakaman baginda. Pakaian perkabungan adalah seperti berikut. Lelaki Melayu Pemakaian tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam. Lelaki bukan Melayu Pemakaian satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam. Pasukan beruniform Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri. Perempuan Melayu Pemakaian tudung putih. Perempuan bukan Melayu Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.

Haplod besar-besaran .. satu minggu punyaa..

Imej
Huu... Tak sempat tul aku nak hapdet blog aku untuk minggu ni secepat sebelumnya. Maybe pasal mama kena refer ke hospital hari senin lepas. Tu yang jadi cam terkejar-kejar sikit mencari masa senggang. Walaupun hari Selasa mama dapat MC, masa masih tak cukup untuk aku. Still kena pandai manage masa sekarang ni. Keduanya, mungkin sebab aku pakai dua medium, first; aku nyer DSLR, takde masalah sangat nak hapdet. Biasanya pun aku akan terus hapdet jer terus tanpa editing; kecuali letakkan trademark aku tu kan. seken, aku nyer henpon kamera; pun tarak masalah sangat pasal medium dia pun masih kat memory stick pro duo. Kebarangkalian besar pasal aku berhijrah ke Window 7. Pasal kat situ, aku tak install photoshop lagi untuk aku jalankan rademark action aku. Kot la.. kan.. (Alasan semata-mata). So, sudah-sudah la merepek tu kan. Kita mulakan penceritaan semula ni. Selasa... Pagi tu aku kuar ngan Iqa jer pasal mama dapat MC, aku tak kejut pun pasal nak bagi dia rehat lebih lagi. Sian. Doktor

Pemasyuran Sultan Johor Kelima

Imej
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail akan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar di sini esok. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, upacara pemasyhuran itu akan diadakan sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat hari ini di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini. "Upacara pemasyhuran itu akan diadakan pukul 1 petang esok sebelum pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar malam ini. Melalui pemasyhuran itu nanti, Tunku Ibrahim bakal diisytiharkan sebagai Sultan Johor kelima dalam pemerintahan Kesultanan Johor. Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahanda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail hari ini. -Utusan Malaysia

Sultan Johor Mangkat

Imej
JOHOR BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor. Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang. Alma

T-shirt merangkap Jersi Team Takraw

Imej
Akhirnya siap gak design baju untuk t-shirt merangkap jersi team takraw aku. Penat gak la aku mendesign bola tu jer. Hahaha.. design bola takraw la pulak. Sesaja jer nak bikin lain sikit dari yang lain. Kurang-kurang bebudak pun rasa best la masa main nanti kan. Tukang buat dia aku kasik kat member lama aku, sapa lagi kalau bukan Che Li bikintshirt . Nak tengok gak hasil kerja tangan memember sendiri kan. Kalau best, banyak lagi aku nak buat. Setakat ni aku nak buat untuk 8 bebudak aku + 4 cikgu jer dulu. Masa dok buat design ni tadi ustaz pun masuk. Waa... best eekk kalau tangan aku cam kau. Alah.. biasa-biasa jer ustaz.. Ye lah. Tu kata kau.. Ni tahap celah kaki orang lain jer ustaz.. ramai lagi yang design cantik.. OK ler tu.. Kelakor jugak. Yang paling tak ingat ayat aku dengan ustaz.. Tak menang game pun, menang baju lawa jadi la.. Hahahaha.. Ingat parti pakaian beragam ka.. Siap boleh menang baju la pulak.. Apa-apa pun aku harap bebudak aku perform dengan lebih baik lagi tahun ni

Senin yang Ributtt!!!!

Imej
Fuh.. Kalau baca tajuk jer maybe pelik gak kan. Apa yang ribut. Stadium senayan ka? Ka apa benda senayan tu. Senang citer senayan tu isnin, ribut tu huru-hara la sikit. Apasai pulak senin ni jadi huru-hara lak. Haa.. Baca la teruih.. Memula pagi memang best. Tak sangka lak bebudak tahun 1 ada persembahan. Iqa pun ada. Nyanyi lagu-lagu tadika. Kacang goreng jer la bagi Iqa tu kot. Aku pun snap la beberapa keping gamba. Satu, sebagai gambar penutup untuk program transisi depa. Kedua, pasai Iqa pun ada jugak. Ingatkan nak ambik kamera aku kat keter, tapi sampai jer kat keter dah lagu ala-ala dah nak abis gitu. Tak yah la. Pakai gambo henpon buruk ni ja lah. Paih habis semua kat perhimpunan pagi tu aku teruih pi naik buka pusat akses cam biasa. Pastu teringat buku math bebudak yang tak dan nak tanda hari jemaat haritu. So bukak tanda la satu-satu. Tetiba henpon berbunyik. Mama. Apahai lak ni. Adik tak mau sekolah lagi ka. Nada toksah crita la. Bleeding lagi. Sudah.. Pening balik kepala ota

Hari keputeraan DYMM Sultan Kedah

Imej
Pix credited to kedahlanie.blogspot.com

School.. here we come.

Imej
Dari semalam dok sibuk membalut buku. Penat weiihh.. Satu satu dok balut. Sib baik mama pun nolong gak. Buku si Inaz jer dah baper, buku Iqa lagi, buku sekolah agama dia lagi.. Hahaha.. Penat. Baru siap balut semua sekali. Ngam-ngam plastik balut buku yang dibeli semalam tu. Sib baik tak amik yang 5 meter. 10 meter ni pun tinggai belen 15x15 cm jer. Hari Khamis ituhari, ada dapat bungkusan dari atuk ngan nenek kedah. Tengok kotak, Iqa dah sukati. Kotak mainan. Tapi aku tak rasa tu mainan lam dia. Yang pasti, isi dalam bungkusan tu adalah... baju yang diaorang pakai lam gambar kat sebelah ni. Suka tul ngan baju ni. Tiap-tiap hari depa nak pakai. Lepas settle jer balut buku semua, pakat sibuk dok isi buku-buku untuk hari senin nanti. Tengok la beg depa tu. Makaih.. Punya la penuh. Tu ikut jadual tu. Kalau tak ikut, tak tau la lagu mana besaqnya beg si Iqa tu. Yang digalaih tu beg sekolah agama dia, yang besaq kena seret tu beg sekolah. Pas settle semua tu, terus siapkan segala-gala untuk

Aktiviti Sabtu

Imej
Pagi Sabtu ni macam packed la pulak. Yang pertamanya, Iqa nak sangat masuk Taekwando. Dari Nuri lagi dia dah mintak. Tapi pasal tadak sapa nak antor dia gi training, so tunda aje la. Sekarang ni dia dah masuk sekolah, dan sekolah pun ada training Taekwando; jadi ni dah jadi peluang keemasan la untuk dia. Sepatutnya dah start dari Sabtu minggu lepas. Cuma dia lupa nak bagitau aku. Jadi, minggu ni baru first time Iqa gi belajar. OK lah kan, pasal aku pun train bebudak takraw aku setiap Sabtu, jadi bender ni kira ngam-ngam la dengan jadual aku. So pepagi lagi dah kuar dari rumah. Pasal baju sukan tak dapat lagi, Iqa kenala pakai baju sukan Nuri dia. Takpe la. Rumah pun rumah kuning gak ikut aku. Sampai jer kat sekolah aku gi tengok bebudak aku kat gelanggang dulu. OK. Bagi bola takraw. Buat sepak bulat. Next, aku gi nengok Kursus Pengawas Pusat Sumber. OK. Ngam. Yang slack, LCD taknak hidup. Aku turun ambik kabel laptop aku, pasal dia ada lampu bila ada karen. So, test; sah takde karen

Tuning mindset

Imej
M akin lama makin lembab aku hapdet blog aku dua minggu kebelakangan ni. Bukannya apa dok tuning balik mindset aku. Iqa pun dah sekolah. Sekolah sendiri lak tu. Tu belum masuk sekolah agama dia lagi, belum masuk Pusat Akses yang aku jaga, yang aku dah bukak secara optimum. So, hasilnya; aku memang kena tuned balik mindset aku. Keluar rumah masih sama cam dulu, jam 6.30 pagi. Cuma... dulu aku bawak 60kmh jer, lani.. aku dah up la sikit jadi 80 kmh. Kalau tak tak sempat la Iqa nak masuk tepat ke sekolah. Start perhimpunan pagi 7.10 pagi. Kalau lewat tak best la pulak rasanya. Iqa pun dah jadi Penolong Ketua Darjah. Kena berdiri paling depan dalam barisan budak-budak pompuan. Takkan nak bagi contoh tak baik kan. Paling best tahun ni adalah jem depan sekolah-sekolah. Maybe kesedaran mak bapak kot. Cuma aku tensen la sikit. Memula dulu jem depan smk gelang patah. La ni aku dah tak tempuh situ dah. Aku ikut jalan highway belakang sana. Tapi yang tak best kena lak kat Lima Kedai dengan SJKC P

Sambutan Awal Muharam

Imej
P agi Jemaat lepas, Majlis Sambutan Awal Muharram dibuat kat sekolah. Pagi tu ada bacaan Yasin kat dewan cam biasa. Tapi yang bezanya, pagi tu semua sekali budak masuk lam dewan. Iqa dok depan sekali. Biasala.. Pasal darjah satu kan. Pas abis jer majlis bacaan Yasin tu, ceramah pun bermula. Ceramah pagi ni, Ustaz Sajuli yang bagi. Cam biasa la. Tapi yang best sikit pasai dia pakai LCD. Cuma aku nasihatkan pasni pastikan letak sesikit video ka animasi ka. Pasai bebudak kecik ni dia tertarik sikit dengan video-video ni. Pas dah habis semua ada jamuan bubur lambuk kat kantin. Sesaja jer aku suruh Ustazah Noriah bagi bubur tu kat Iqa. Aku nak tengok dia berani tolak ker tak. Kalau setakat aku, dah pasti tak makan. Tu pasai dah terbiasa tak makan bubur lambuk kan. Tapi Iqa ni masih leh dilentur lagi. Lama-lama boleh la tu, kalau betul cara dia kan. Tapi, nampaknya dia tak dapat gak abiskan. Separuh jer dia makan. Nampaknya, dah turun jugak la gen aku kat dia. Makan suka ati jer. Kalau takna

Custom | Jannah & Hazlan

Imej
Custom album | Jannah & Hazlan | Baling