Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cuti umum johor

Mesyuarat Maklumat Negeri Johor Bil.1 2011

Imej
Mesyuarat pertama tahun ni 27 Januari lepas, mesyuarat first maklumat dah dibuat di SMK Dato' Menteri, Batu Pahat. Mesyuarat membincangkan fokus untuk tahun 2011. Misi utama, data yang reliable. InsyaAllah. Johor pasti boleh>>>> semua dah ada ya misi utama nak dapatkan ralat sifar dengan data yang reliable berat tugas nih. tapi insyaAllah.. boleh ucapan mantan penolong pengarah maklumat penyampaian cenderahati perpisahan dari ku maklumat Enjoice...Sharing is power!!!

Hari Hol Johor

Imej
Esok, satu Johor akan bercuti sempena Hari Hol atau Hari Memperingati Kemangkatan Sultan Johor. Hari Hol hanya disambut oleh dua negeri setakat ini, iaitu Negeri Johor dan Pahang. Bermula tahun ini hari Hol telah dipinda ke 11 Januari daripada asalnya 19 Jun manakala Hari Keputeraan telah dipinda ke 22 November daripada asalnya 8 April. Enjoice...Sharing is power!!!

Ada apa dalam laci??

Imej
Mama kemas balik semua laci laci dia dan.. jumpa benda nih.. Apa benda nih? Dah lama dah usia benda. Ni la mas kahwin dari aku untuk mama nih. Usia pun dah semilan taun dah pun. Dulu mama memang tak nak guna pun benda nih, sayang katanya. Memang aku yang buat sendiri benda ni untuk mama. Tengok la isi dia. 22 keping duit singgit singgit. Campur dengan 5 keping duit seposen. Jumlah semua RM22.50. Apa la sangat yang dapat beli ngan RM22.50. Apa pun, yang bestnya; semua anak anak dapat nengok live sampai ke la benda nih, hadiah dari bapak dia kat mama dia. Tak payah nak tengok gambo>>>> Memang aku yang design sendiri benda nih, dan buat sendiri. Jangan tak caya. Dan banyak hantaran aku dan adik adik aku pun ada jugak kaitan ngan aku.. Dapat jugak encik ziqri pegang benda nih.. lagi tua usia dari kaka sulung dia tuh Nanti ziqri pun nak wat sendiri gak, boleh tak Dah mula la bergendang tuh. hehehe Enjoice...Sharing is power!!!