Catatan

Ucapan Alu-aluan sempena Hari Guru JB 2010

Ucapan penuh Tuan PPD sempena Hari Guru itu hari. Lepas ni memang aku akan buat cenggini jer. Baru la boleh delete raw files dengan tenang, pasal semua dah dihostkan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Persembahan penuh pelajar Hari Guru daerah Johor Bahru 2010

Memula buat yang pendek-pendek tu rasa cam kesian lak kat bebudak ni. Last-last aku wat khas persembahan diaorang dari mula sampai abis. Cuma dua persembahan awal tu memag amik sesikit jer pasal ingatkan rehearsal.. ropernyer betul-betul kejadian daa... Enjoice...Sharing is power!!!

Persembahan multimedia tokoh guru 2010

Persembahan multimedia untuk kedua-dua anugerah tokoh guru dan kepimpinan pendidikan. Nice and simple. Tahniah pada memember sendiri. Aku cuma tolong hebahkan jer. Kira OK ler kan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Perayaan Hari Guru daerah Johor Bahru 2010

Hari Khamis lepas di SMK Taman Sutera perayaan Hari Guru peringkat daerah dijalankan. Memang boleh tahan. Seronok nengok bebudak ni buat persembahan. Ingatkan nak wat satu bideo jer. Alang-alang nak bagi semua nengok full, dah jadi banyak. Yang ni kira overall. Nanti aku masukkan yang lain sesikit. Enjoice...Sharing is power!!!

Google's Header : 30th Birthday of Pac Man & Namco Bandai

Imej
Terkejut gak semalam bila dengor bunyi yang dah lama aku tak dengor. Biar betul.. Ucu ngan iqa main pac man. Tapi bila nengok bebetul rupanya header google. Siap boleh main lak tu. Pergghh.. Dasat.. memang dasat. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi - Persembahan

Paling gempak la acara persembahan malam ni. Ngan bunga api yang keluar tanpa sorang pun tau bila. Masa ni rasa cam apasal la aku nyer bideo cam tak seultra wide cam kamera aku. Best betul kalau aku ada bideocam yang wide jugak kan. Apa yang penting, persembahan dan sambutan malam ni memang gempak habis dan banyak menerima pujian dari luar terutama TPM sendiri. Tahniah Johor.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi - Perasmian

Ni merupakan segmen kedua untuk malam perasmian tersebut. Gimik yang dijalankan memang boleh tahan menariknya. Tak dapat baget langsung akan keluar bunga api dekat obor tu. Nasib baik kami dah bersedia ngan 3 kamera di tiga tempat. So, dapatla jugak nengok secara keseluruhan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi

Pagi ni aku dah mula mengedit bideo MSSM untuk dimasukkan lam youtube. Tapi kepala memang kenoning gila. Buat tak layan gak.. Sekali nengok dah sampai 6 minit kontijen tak habis-habis lagi. Last-last amik keputusan untuk aplod dua segmen. Senang sikit. Pasal youtube hanya 10 min max bideo dia. Settle. Lepas compile terus aplod tanpa nengok setting. Pastu terus kuar gi klinik. Kat klinik hari ni memang malang tul nasib aku. Dekat dua jam aku buang masa nunggu. Jumpa doktor, kena sound dulu. Ari tu batuk biasa jer, kali ni tak masuk tahap gaban dah ni. Terus dia kasi mc dua hari. Tak kira la aku ada event ka apa ka. Dia nak aku berehat. Aduiihh.. Pening cenggini.. Balik makan ubat. Jap jer dah terhoyong hayang. Zzzzz.... Bangun dah malam.. Haiyaa.. lamanya aku tido. Nengok jap bideo yang aku aplod. Hampeh. Quality buruks gila.. Last-last aku compile dan aplod lagi satu. Ni masa aku nulis ni kebetulan aku dah terjaga dan mula ambik ubat. Kebetulan bideo pun dah siap.. Enjoice.. Aku

Sambutan Hari Guru 2010 Nuri Nusa Perintis

Imej
Pagi Jumaat lepas Nuri Nusa Perintis buat sambutan Hari Guru dia. Tapi yang best si Inaz lupa nak bagitau. Sib baik teacher Yani call bagitau. So, petang khamis tu sempat tolong inaz buat kad nak bagi kat teacher dia. Esoknya si inaz ni lupa lagi. Dia terbawak beg pulak. Dan yang bestnya, siap tertinggal kat sekolah dia. Sib baik kamera ni tak tinggal sama kat sekolah. Apa pun terima kasih teacherteacher nuri yang mengajar inaz, dan tolong amikkan gambo ni semua. SELAMAT HARI GURU!!! :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Guru dari Balqis

Imej
Hari ni lepak-lepak jap sambil layan tibi. Selasa ni dah sibuk nak kaber MSSM. Tetiba iqa tanya bila nak buat kad hari guru dia. So, terus jer la pi kat pc dan bukak Hallmark card studio. Haaa.. Iqa pilih mana yang iqa nak. OK.. Last-last yang ni yang dia pilih.Semua design iqa yang pilih. Aku tolong sikit-sikit jer. Esok iqa nak bagi kat cikgu-cikgu dia. Pastu aku tanya. Cikgu-cikgu iqa dulu camner. Camner iqa nak bagi haa.. Abah masuk lam internet la. OK la.. nanti abah print satu lagi bagi kat sekolah lama iqa tau. OK.. Yang adik ni pulak dah dibuat hari Khamis lepas. Adik tak banyak crita sangat. Apa yang ada dia amik jer. Tak yah tambah lebih-lebih. Yang bestnya.. Hari guru dia jemaat lepas siap dia lupa nak kasi kat teacher-teacher dia.. Aduhai si adik sorang ni. Senin ni baru dia nak bagi balik. Dan perkara yang paling best adalah... siap tinggal beg kat sekolah lagi.. bersama dengan kad-kad dia ni.. Enjoice...Sharing is power!!!