Catatan

Jom Ronda-Ronda : SK Pendas Laut

Hari ni aku ke SK Pendas Laut, penandaan semula GIS. Jangan tak caya; kat JB pun masih ada sekolah yang perhubungan utama dia menggunakan bot. Boleh tahan la. Selama ni aku memang dok nengok jer dari jeti, tapi hari ni; aku berjaya jugak menjejakkan kaki aku ke sini. Tahniah aku.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Tomyam Food Court Tesco Bukit Indah

Imej
Satu kelainan sikit. Jarang kat food court ni yang jual makanan ikut set. Aku nak makan lain sebenarnya, tapi pasal mama kata kita beli jer set ni, kira terpaksa on la jugak. Set ni harga dia RM17. Dalam set dia ada sup cendawan, ayam black pepper, telur bungkus, sayur campur dan dua pinggan nasi. Memang aku rasa 4 orang pun masih leh makan lagi, or aku memang makan sikit kot. Tapi memang berbaloi la kan.. Klik untuk cerita penuh Ni ler yang ada untuk set ini. Siap amik gambo ngan Ziqri lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Akhirnya, aku mengalah juga

Imej
Three straight day driving lam wira manual, BP-JB-BP; nampaknya aku dah takleh nak kata aku leh tahan lagi dah. Aku leh cakap, tapi badan aku kata takleh gi dah. Hari Jemaat, jalan terhincut-hincut.. Masih paksa diri jugak. Tapi hari sabtu lepas, memang dah kantoi dah kaki aku. Sekali nengok memang ada bengkak sikit. Lepas urut, sapu ubat yang doktor kasi. Pastu terus bandage. Doktor kasi MC satu hari. Jangan banyak gerakkan kaki. Tu yang mama dok bising, jangan ingat awak tu muda lagi.. Dulu boleh la kesana kesini, siap bawak motor lagi. Sekarang ni anak pun dah beso. Ingat-ingat sikit.. Klik untuk cerita penuh Sakit tu kena urut.. pergghhh.. Enjoice...Sharing is power!!!

Bengkel LAN di Batu Pahat

Imej
Dah beberapa hari asyik BP-JB jer kerjanya. Nak wat camner. Takkan asyik nak buat kat JB jer kan. BP kan tengah-tengah. Tapi yang best kaki aku dah naik krem dah ni. Bengkel LAN ni boleh tahan la. Cam biasa, masa teori memang sangat memboringkan. Hotel crystal inn jadi tempat kursus. Dia punya hotel ngan dewan sebelah menyebelah. Cam kelakar sikit. Nak gi kursus kena kuar dulu. Praktikal lak dibuat kat PPD Batu Pahat. Kena gerak la pulak. Tapi bila tiba time praktikal, baru rasa hidup semula. Yipaaa.. Memang banyak gak tool yang disedut untuk menjayakan bengkel nih. Ngam hoo.. Balik nanti boleh buat memacam kat server.. Yang tak bestnya. Tak leh nak consentret sangat pasal lam masa yang sama dok bantu sekolah setelkan SIT NKRA.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Bangunan baru Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Imej
Setiap hari lalu sebelah bangunan nih. Hari ni sesaja ja ambikkan gambo dia. Sekeping ja. Bukan apa sebagai kenangan. Tapi yang tak best sangat sebab tak berapa nak sama dengan gambaran pelukis. Yelah, sebelum buat lagi semua wallpaper, banner malah buku rekod mengajar pun pakai gambar bangunan ni. Dalam gambar tu lebih kepada full cermin, tu yang macam dah terbiasa dengan imej yang tu. Sekali dah nak siap.. nampak lebih batu dari cermin.. Tak kisah la.. Cuma gambaran asal tu memang payah nak hilang.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Restoran Singgah Selalu, KIPMart Tampoi

Imej
Kali ni kita ke KIPMart Tampoi lak. Sesaja nak nempah kek besday si Inaz ituhari. Langsung lalu depan Singgah Selalu, teringin lak sesaja nak ngoder mee ladna. Sesaja nak ngetest power kat sini maa... Iqa ngan Inaz macam biasa tak lain tak bukan, semestinya mee hoon soto. Tak lepas ngan air carrot susu. Boleh tahan gak la rasa mee ladna kat sini. Tapi masih biasa-biasa. Tapi kira boleh laa.. Harga pun.. ada sikit mahal.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Savvy mama dah kuar bengkel

Imej
Sungguh tak sangka, petang ni dah kuar dah savvy mama dari bengkel. Itu hari kena sondol dari belakang. Setel kat balai, bawak ke insuran, masuk bengkel. So, claim pakai insuran brader yang bawak keter paling belakang sekali.. Sebenarnya saja nak jengjalan nengok progress setakat mana. Sekali tokei tu cakap dah leh bawak kuar. Tak reti nak call ker.. Susah la diaorang nih. Apa pun, syukur semua dah bereh.. Tak pening-pening lagi. bumper pun dah tak kemik lagi dah, ekzos pun dah dapat baru.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Nasi Ambeng BBU

Imej
Ni ambik gambo ni masa tengah dok buat penambahbaikan untuk SiSP1 kat Uda ituhari. Tengahari tu blank gak la tak tau nak makan kat mana. Sekali En. Kadir ajak gi medan selera BBU, kat situ ada nasi ambeng best punya. Kata dia la. Memang penuh orang kat situ. Yang tinggal nasi ambeng daging jer. Daging tu dipotong kecik-kecik. Belasah ajer la. Rasa.. quite nice la. Maybe pasal bukan taste aku kot. Tapi nengok mat nor ngan kadir memang licin. Pinggan aku jer yang masih penuh ngan tempe dan sayur. Enjoice...Sharing is power!!!

Iqa, Inaz dan Princess

Imej
Iqa memang dah takleh berpisah ngan princess nih. Pantang jumpa barang ada label princess, semua dia nak. La ni dah berjangkit la pulak ke Inaz. Jadinya, semua barang kena beli dua. sama lak tu. Nak share jauh sekali. Kalau setakat botol air ke apa ok la lagi. Ni sampai majalah princess pun nak kena beli dua jugak. Pening la jugak kepala. Pastu jumpa lak buku sticker panini. Nostalgia tuh. Tak sangka dari aku kecik main nih, anak-anak aku pun dapat merasa jugak. Siap mintak belikan sticker sorang 5 bungkuih.. Parah wooo.. Harga dah dekat 3 kali ganda masa aku memula main dulu. Layan ajer la.. Enjoice...Sharing is power!!!

Team Pembina SiSP1

Imej
Dah lama jugak amik gambo ni. Tapi nak hapdet.. Perghhh.. sungguh lama sekali. Ni team pembina antaramuka pendaftaran umum SiSP1, sistem pendaftaran online tahun 1 daerah Johor Bahru. Memang dah lama dah gambo ni diambik. Masa ni memula meeting untuk pembinaan. apa yang patut ada and what so ever la.. Kini.. sistem tu dah pun berfungsi sepenuhnya.. Enjoice...Sharing is power!!!